Dah lama mula sem baru, bulan 9, dua minggu lambat dari pelajar Degree..kelas pulak wikend je..best kan?lagi best sebab sem ni dah jadi senior, sem 3 dah..sem yang akhir untuk datang kelas..pasni buat tesis pulak..huhu..bab tesis tu la yang takut sangat..proposal pun belum siap.Haih!
Sem last ni, seperti sem-sem yang lepas, ambik 3kelas je..semua 10paper termasuk tesis tu dikira satu paper..jadi, ada 3sem, bahagi-bahagi la..dan sem ni tengok punya tengok list kelas yang di 'offer'..timbal balik tengok kod subjek mana yang rasa-rasa senang dan best, maka tiga inilah yang menajdi pilihan..
pengurusan kewangan sekolah, pengurusan kualiti dan pengurusan pendidikan..hahaha, memanglah kos pengurusan..semoga boleh jadi pengurus yang baik lah lepas ni..lebih-lebih untuk diri sendiri..semoga..
sebenarnya pengurusan kualiti tu dah takde pilihan, kelas tu cuma ada satu je untuk dipilih dari bahagian tu..nak tak nak memang kena ambik, dah nak habiskan kelas sem ni jugak kan..kena lah harung ape pun..so, bila pensyarah tanya 'kenapa ambil kelas ni, susah nak score' sambil provok-provok..dengan jujur dan ikhlasnya cakap 'dah takde pilihan..dan yang bestnya kelas tu hanya tiga orang je, saya je pulak tu malay girl..yang dua lagi tu indian girls..nasib lah..
tapi sangat suka datang kelas-kelas ni..sem ni lah yang paling banyak kerja..sebab semua pensyarah orang yang sangat hebat..bukan dari ilmu yang diajar tapi nilai-nilai lain yang dibawa semasa mengajar..
 |
ilmu mesti diterokai, bukan biarkan dia diam didalam shj |
belajar dan terus belajar..semoga mereka semua diberkati dunia dan akhirat..