Sabtu, 24 Mac 2012

Pencarian menuju noktah

Ku mencari dia...
Yang pandai agama..tapi bukan ustaz
Yang pandai bertukang..bukan tukang kayu
Yang pandai menghiburkan hati..bukan juga artis
Yang pandai memasak..juga bukan chef

Ku mencari dia..
Yang rajin menghulurkan senyuman..tapi bukan sumbing
Yang pandai memancing..bukan pancing wanita
Yang  lunak suaranya..bukan seorang penyanyi
Yang banyak ilmunya..manfaat dunia akhirat
Yang kaya jiwa dan harta..tapi tidak kedekut

Ku mencari dia...
ayah kepada anak-anakku
yang benar-benar beriman
juga benar-benar budiman
yang kasih dan kasihankan diri ini
yang sayang dan setia mengikat janji

Ya Allah
kurniakan aku syurga yang disegerakan
sebagai jalan untukku menuju syurgaMu
tanpa rasa beban untuk mentaati dia didunia

Hurm..
Dimana dia ni?
Aku ke hulu, dia ke hilir
Aku ke utara, dia ke selatan
Bila kita akan bertemu di titik tengah?

Robbi Yassir Wa la Tu'assir
Wa Tammim Bilkhoir
Wa Bi Ka Nasta'in
 


Sabtu, 10 Mac 2012

takziah pada pelajar UPSI

Kelas pagi tadi dimulakan dengan tafakur sejenak, Al-Fatihah disedekahkan kepada pelajar UPSI degree sem 6 yang kemalangan di Baling, Kedah pada 6Mac yang lalu..Lima orang, dua darinya meninggal. Salah seorang yang meninggal ialah adik kepada seorang lecturer UPSI..Yang masih hidup, seorang sedang survive-berita terkini..yang terbaik itu hanya Allah yang Tahu, kita hanya berdoa..Al-Fatihah!

konvo Okt 2009..copied
Ingat tak satu masa dulu, tahun 2008 kalau tak silap, ada kemalangan bas ekpres..Seorang mangsa pekerja kontrak LHDN, terkorban dalam perjalanan untuk mengambil jubah konvonya..sedih sangat bila saya membacanya ketika itu..dan yang sedih apabila tiba hari konvo, ditempat 'beliau' duduk sepatutnya, diletakkan topi konvo..

Masa tu saya berdoa, sebab saya sedang belajar, tahun akhir..Andai aku ditakdirkan mati, biarlah aku habiskan dulu degree ku ini..tak tahu kenapa boleh berdoa macam tu..

Alhamdulillah, saya masih diberi ruang untuk teruskan hidup hingga saat ini..Terima kasih ya Allah..Semoga nikmat hidup yang Kau beri ini ku isi dengan sebaik-baiknya..

besday girl semalam..:)

macam bagus sangat cikgu perempuan ni

Alhamdulillah, dapat masuk kelas dan belajar...sangat2 best..maklumlah kelas pendidikan, ramailah cikgu2 didalamnya..dan timbullah berbagai topik dan isu, walaupun kadang2 terlari sikit dari tajuk perbincangan tapi itu menambahkan asam garam dalam kelas tu..jadi tambah sedap..

dalam kelas, cerita punya cerita, timbul isu disiplin..pelajar sekarang ni memang tak macam dulu..dulu, pelajar hormat sangat dengan guru..ibu bapa juga percaya dengan guru, menyerahkan anak mereka utk dijaga oleh guru..buatlah apa pun asal menjadi..itu dulu..tapi sekarang, rotan bukan lagi kuasa semua guru, malah ada guru yang didakwa sebab merotan pelajar..kuasa guru sekarang bukan macam dulu..

ops, menyimpang...

kisahnya bila lecturer tunjuk slide bilangan guru-guru di Malaysia samada sekolah rendah atau menengah..jumlah guru perempuan lebih ramai dari lelaki..kenapa ya?maka, adalah jawapan mengatakan lelaki ramai ke 'pusat lain'..belajar benda lain..dan seseorang angkat tangan..sebab mengajar itu jiwa perempuan..perempuan lebih pandai mengajar berbanding lelaki..

itu kata die..tapi hakikatnya,benarkah kata-kata seperti itu?

bukankah kita punya guru itu lelaki?Rasulullah itu guru kita, beliau ialah seorang lelaki..seorang yang sangat sibuk tapi santun pada setiap tingkahnya..dan, lelaki dianugerahkan 9 akal dan 1nafsu, tapi akal itu lebih banyak digunakan ditempat lain..bukankah lelaki perlu tahu banyak perkara untuk diajarkan pada anak bini?

dan apabila ramai guru perempuan, ada pula yang mengatakan, disiplin teruk kesan dari itulah..guru perempuan tak digeruni..

p/s: guru lelaki pakai payung bila guru perempuan turun cat padang 

rajin-rajin baca buku..copied

Ahad, 4 Mac 2012

Boleh la Air Asia jadi MENGONG....

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, dapat menjejak lagi kat sini..mencoret ceritera-ceritera...hehe..
ok, terus ke cerita sebenar..kisah yang berlaku pada saya beberapa tahun lepas..memang berkaitan dengan Air Asia, yang kita semua tahu rajin sangat buat promotion tu..

masa tu pergi dengan abah ke sabah, menziarahi kakak yang duduk disana..memang dah decide nak duduk 2minggu tapi abah seminggu je, almaklumlah, bz mengalahkan YB..

tarikh pergi tu dah tak ingat, tapi apa yang berlaku masa tu sangat-sangat mengecewakan saya..alkisahnya begini..

hari abah balik tu, pagi-pagi abang ipar je yang hantar, sebab dari rumah ke bandar tu dalam 1jam, takut ada pape terjadi..ok lah..takde pape yang berlaku..alhamdulillah..

seminggu kemudian, saya dan emak menyusul balik, tiket masa tu malam.lepas isyak rasanya..
sampai kat kaunter, kena beratur nak check in..pastu adalah pekerja2 yang diluar kaunter, yang tolong mencepatkan urusan dikaunter..

sampai turn saya dan emak, tetiba org tu cakap 'tiket ni dah diguna, tak boleh lepas ni',..kemudian berlakulah perdebatan, mana mungkin tiket saya boleh diguna oleh orang lain..bukan ke kita nak check in tu kena bagi I/C?..i/c saya masih ditangan, takde terlepas pada org lain..cek punya cek, org tu cakap, tiket saya tu abah yang guna...lor, camne boleh camtu kan?sangat2 pelik..bukan ke abah bagi i/c sendiri?

dan kami dibawa ke pejabat untuk uruskan hal itu..dan akhirnya bila dorg uruskan tu, cek-cek camne boleh jadi macam tu..keputusannya, dorg tak boleh tolong..dorg cakap saya kena beli tiket baru..

tak ke bengang!!..tiket dari tawau ke kl on the dot sangat lah mahal..RM300++..dan kami terpaksa share-share duit..saya, abang ipar, dan emak..memang dalam hati dah sumpah seranah..ape la punya sistem boleh jadi macam ni..

dah selamat beli tiket tu, memang berlari-lari ke kapal, sampai ditangga, ada pramugari tunggu..siap buat ayat yang tak manis didengar..masalahnya bukan salah kami nak jadi macam tu..patut ke?


ok, dah selamat sampai kl, dah sampai rumah..saya try tepon Air Asia utk claim tiket tu..surat juga sudah dihantar, tapi takde tindakan pun dari dorang..

sebenarnya tadi kemas-kemas purse, dan terjumpa keratan tiket tu..dah 5thn saya simpan dari hari kejadian..300 terbang camtu je..bab duit-duit tu, mak la kena bayar semula, duit yg pada saya tu orang lain punya, dan duit abang ipar juga..

tiket berharga RM300++

Jumaat, 2 Mac 2012

March 2012 Blog Giveaway

salam uols..jom sertai blog giveaway ni..
hadiah yang diberi akan dapat mengasah bakat baru..
orang cakap perempuan je suka bab2 ni, tp lelaki pun boleh juga..
tangan lelaki pun kreatif jgk..kan3?

selain boleh buat untuk diri sendiri, boleh buat duit tepi.
.dah lama2 boleh income besar tu..
kreativiti tu sangat berguna tau..

ok, boleh klik SINI