Jumaat, 24 Februari 2012

jangan malas-malas...

20/2/2012...
bermula semester 2..hui,lama betul cuti, bermula lps krismas haritu sampai la ni.. 2bln..memang betul2 rehat..barulah nak menjenguk balik muka ni kat kampus..

kini UPSI ada kampus baru, terletak di berhampiran Proton City, rasanya sangat jauh..almaklumlah..dah biasa pusing dekat2 je..tapi memang terasa jauhnya..sudah lah jauh, kampusnya pun besar sangat..10 kali ganda dari saiz kampus skrg ni..

walaupun semester mula 20hb, tp kami yg master student ni mula hari ni, 24hb..biasa la, kelas wikend je..kebetulan, sem ni kelas ada yg kena di kampus baru. tadi sebelum waktu kelas sebenar, sempatlah cari kelas tu..brp kali entah buat pusingan, tak jumpa2 bangunan tu..nampak, tp jalan ke bangunan tu tak sampai2..akhirnya, jalan sampai hujung jalan, baru lah sampai di parking bangunan tu..kelas di DKP 01..

seriau tgk kelas ni, bukan kelas, tp dewan..seriau sebab memikirkan nanti kena presentation nak kena bercakap depan ramai orang..

selalu saya stay je dirumah sewa walaupun takde kelas..tp minggu ni kena balik rumah lg..InsyaAllah Ahd ni emak pegi umrah, so, saya yg takde pape ni, kena hantar lah..tak patut la kalau tak hantar..

dan, tengah buat projek pondok orkid..khas untuk emak..
nanti, bila dah siap, saya upload disini...