Selasa, 6 November 2012

Assignment

Dua hari ini..pergi ke perpustakaan mencari bahan bacaan..menulis assignment yang tak berhenti-henti..banyak sangat..

dah..dapat pensyarah yang best-best, mesti mereka nak anak didik jadi yang best belaka..ini lah antara jalannya..

ye!kena tempuh apa pun rintangan..dah niat dari dulu nak sambung belajar, kena lah teruskan..

nak hadamkan..



Ahad, 4 November 2012

Sem Baru Sebagai Senior

Dah lama mula sem baru, bulan 9, dua minggu lambat dari pelajar Degree..kelas pulak wikend je..best kan?lagi best sebab sem ni dah jadi senior, sem 3 dah..sem yang akhir untuk datang kelas..pasni buat tesis pulak..huhu..bab tesis tu la yang takut sangat..proposal pun belum siap.Haih!

Sem last ni, seperti sem-sem yang lepas, ambik 3kelas je..semua 10paper termasuk tesis tu dikira satu paper..jadi, ada 3sem, bahagi-bahagi la..dan sem ni tengok punya tengok list kelas yang di 'offer'..timbal balik tengok kod subjek mana yang rasa-rasa senang dan best, maka tiga inilah yang menajdi pilihan..

pengurusan kewangan sekolah, pengurusan kualiti dan pengurusan pendidikan..hahaha, memanglah kos pengurusan..semoga boleh jadi pengurus yang baik lah lepas ni..lebih-lebih untuk diri sendiri..semoga..

sebenarnya pengurusan kualiti tu dah takde pilihan, kelas tu cuma ada satu je untuk dipilih dari bahagian tu..nak tak nak memang kena ambik, dah nak habiskan kelas sem ni jugak kan..kena lah harung ape pun..so, bila pensyarah tanya 'kenapa ambil kelas ni, susah nak score' sambil provok-provok..dengan jujur dan ikhlasnya cakap 'dah takde pilihan..dan yang bestnya kelas tu hanya tiga orang je, saya je pulak tu malay girl..yang dua lagi tu indian girls..nasib lah..

tapi sangat suka datang kelas-kelas ni..sem ni lah yang paling banyak kerja..sebab semua pensyarah orang yang sangat hebat..bukan dari ilmu yang diajar tapi nilai-nilai lain yang dibawa semasa mengajar..

ilmu mesti diterokai, bukan biarkan dia diam didalam shj
belajar dan terus belajar..semoga mereka semua diberkati dunia dan akhirat..

HOBI BARU...BERTANI

Lama betul tak jenguk sini..7bulan camtu la..nak kata bizi takde lah jugak..pekerjaan sekarang jadi pelajar semula..ok2..bizi asgment la tu..hoho..

dalam belajar, macam-macam perkara berlaku, walaupun tak bekerja lagi, kira belajar sepenuh masa, tapi masa macam tak cukup..Oh My God! setiap orang diberi masa 24jam, how u manage menjadikan masa tu cukup ke tak..tapi Nabi SAW cakap, orang Islam ni memang tak cukup masa, kewajipan lebih banyak dari masa yang ada..JANGAN BERTANGGUH!

bila tengah online tu, suka tengok-tengok blog orang lain..tapi tak terus nak buat entry..mcm takde idea pulak, padahal melambak bagai kan..dan akhirnya sekarang ni suka sangat pulak bab bercucuk tanam.asalnya cari benih buah, tengok pokok-pokok buah kat blog orang..tetiba jumpa blog satu ni, benih sayur..pergi ke satu entry ke entry yang lain..best banget!dah order pun benih dari blog ni..bukan saje jual benih tapi mengajar cara menanam..

bila tengok komen-komen dalam blog tu, jumpa lah beberapa blog lain..antaranya ini..

seronok tengok pokok-pokok mereka, hasil dari kesabaran menjaga..semoga benih-benih yang ada tu tumbuh subur..nanti bila balik kampung akan saya upload gambar pokok yang dah jadi..
si bujangku..peneman setia

moga-moga sihat sepanjang peninggalan..

Sabtu, 24 Mac 2012

Pencarian menuju noktah

Ku mencari dia...
Yang pandai agama..tapi bukan ustaz
Yang pandai bertukang..bukan tukang kayu
Yang pandai menghiburkan hati..bukan juga artis
Yang pandai memasak..juga bukan chef

Ku mencari dia..
Yang rajin menghulurkan senyuman..tapi bukan sumbing
Yang pandai memancing..bukan pancing wanita
Yang  lunak suaranya..bukan seorang penyanyi
Yang banyak ilmunya..manfaat dunia akhirat
Yang kaya jiwa dan harta..tapi tidak kedekut

Ku mencari dia...
ayah kepada anak-anakku
yang benar-benar beriman
juga benar-benar budiman
yang kasih dan kasihankan diri ini
yang sayang dan setia mengikat janji

Ya Allah
kurniakan aku syurga yang disegerakan
sebagai jalan untukku menuju syurgaMu
tanpa rasa beban untuk mentaati dia didunia

Hurm..
Dimana dia ni?
Aku ke hulu, dia ke hilir
Aku ke utara, dia ke selatan
Bila kita akan bertemu di titik tengah?

Robbi Yassir Wa la Tu'assir
Wa Tammim Bilkhoir
Wa Bi Ka Nasta'in
 


Sabtu, 10 Mac 2012

takziah pada pelajar UPSI

Kelas pagi tadi dimulakan dengan tafakur sejenak, Al-Fatihah disedekahkan kepada pelajar UPSI degree sem 6 yang kemalangan di Baling, Kedah pada 6Mac yang lalu..Lima orang, dua darinya meninggal. Salah seorang yang meninggal ialah adik kepada seorang lecturer UPSI..Yang masih hidup, seorang sedang survive-berita terkini..yang terbaik itu hanya Allah yang Tahu, kita hanya berdoa..Al-Fatihah!

konvo Okt 2009..copied
Ingat tak satu masa dulu, tahun 2008 kalau tak silap, ada kemalangan bas ekpres..Seorang mangsa pekerja kontrak LHDN, terkorban dalam perjalanan untuk mengambil jubah konvonya..sedih sangat bila saya membacanya ketika itu..dan yang sedih apabila tiba hari konvo, ditempat 'beliau' duduk sepatutnya, diletakkan topi konvo..

Masa tu saya berdoa, sebab saya sedang belajar, tahun akhir..Andai aku ditakdirkan mati, biarlah aku habiskan dulu degree ku ini..tak tahu kenapa boleh berdoa macam tu..

Alhamdulillah, saya masih diberi ruang untuk teruskan hidup hingga saat ini..Terima kasih ya Allah..Semoga nikmat hidup yang Kau beri ini ku isi dengan sebaik-baiknya..

besday girl semalam..:)

macam bagus sangat cikgu perempuan ni

Alhamdulillah, dapat masuk kelas dan belajar...sangat2 best..maklumlah kelas pendidikan, ramailah cikgu2 didalamnya..dan timbullah berbagai topik dan isu, walaupun kadang2 terlari sikit dari tajuk perbincangan tapi itu menambahkan asam garam dalam kelas tu..jadi tambah sedap..

dalam kelas, cerita punya cerita, timbul isu disiplin..pelajar sekarang ni memang tak macam dulu..dulu, pelajar hormat sangat dengan guru..ibu bapa juga percaya dengan guru, menyerahkan anak mereka utk dijaga oleh guru..buatlah apa pun asal menjadi..itu dulu..tapi sekarang, rotan bukan lagi kuasa semua guru, malah ada guru yang didakwa sebab merotan pelajar..kuasa guru sekarang bukan macam dulu..

ops, menyimpang...

kisahnya bila lecturer tunjuk slide bilangan guru-guru di Malaysia samada sekolah rendah atau menengah..jumlah guru perempuan lebih ramai dari lelaki..kenapa ya?maka, adalah jawapan mengatakan lelaki ramai ke 'pusat lain'..belajar benda lain..dan seseorang angkat tangan..sebab mengajar itu jiwa perempuan..perempuan lebih pandai mengajar berbanding lelaki..

itu kata die..tapi hakikatnya,benarkah kata-kata seperti itu?

bukankah kita punya guru itu lelaki?Rasulullah itu guru kita, beliau ialah seorang lelaki..seorang yang sangat sibuk tapi santun pada setiap tingkahnya..dan, lelaki dianugerahkan 9 akal dan 1nafsu, tapi akal itu lebih banyak digunakan ditempat lain..bukankah lelaki perlu tahu banyak perkara untuk diajarkan pada anak bini?

dan apabila ramai guru perempuan, ada pula yang mengatakan, disiplin teruk kesan dari itulah..guru perempuan tak digeruni..

p/s: guru lelaki pakai payung bila guru perempuan turun cat padang 

rajin-rajin baca buku..copied

Ahad, 4 Mac 2012

Boleh la Air Asia jadi MENGONG....

Assalamualaikum wrt...

Alhamdulillah, dapat menjejak lagi kat sini..mencoret ceritera-ceritera...hehe..
ok, terus ke cerita sebenar..kisah yang berlaku pada saya beberapa tahun lepas..memang berkaitan dengan Air Asia, yang kita semua tahu rajin sangat buat promotion tu..

masa tu pergi dengan abah ke sabah, menziarahi kakak yang duduk disana..memang dah decide nak duduk 2minggu tapi abah seminggu je, almaklumlah, bz mengalahkan YB..

tarikh pergi tu dah tak ingat, tapi apa yang berlaku masa tu sangat-sangat mengecewakan saya..alkisahnya begini..

hari abah balik tu, pagi-pagi abang ipar je yang hantar, sebab dari rumah ke bandar tu dalam 1jam, takut ada pape terjadi..ok lah..takde pape yang berlaku..alhamdulillah..

seminggu kemudian, saya dan emak menyusul balik, tiket masa tu malam.lepas isyak rasanya..
sampai kat kaunter, kena beratur nak check in..pastu adalah pekerja2 yang diluar kaunter, yang tolong mencepatkan urusan dikaunter..

sampai turn saya dan emak, tetiba org tu cakap 'tiket ni dah diguna, tak boleh lepas ni',..kemudian berlakulah perdebatan, mana mungkin tiket saya boleh diguna oleh orang lain..bukan ke kita nak check in tu kena bagi I/C?..i/c saya masih ditangan, takde terlepas pada org lain..cek punya cek, org tu cakap, tiket saya tu abah yang guna...lor, camne boleh camtu kan?sangat2 pelik..bukan ke abah bagi i/c sendiri?

dan kami dibawa ke pejabat untuk uruskan hal itu..dan akhirnya bila dorg uruskan tu, cek-cek camne boleh jadi macam tu..keputusannya, dorg tak boleh tolong..dorg cakap saya kena beli tiket baru..

tak ke bengang!!..tiket dari tawau ke kl on the dot sangat lah mahal..RM300++..dan kami terpaksa share-share duit..saya, abang ipar, dan emak..memang dalam hati dah sumpah seranah..ape la punya sistem boleh jadi macam ni..

dah selamat beli tiket tu, memang berlari-lari ke kapal, sampai ditangga, ada pramugari tunggu..siap buat ayat yang tak manis didengar..masalahnya bukan salah kami nak jadi macam tu..patut ke?


ok, dah selamat sampai kl, dah sampai rumah..saya try tepon Air Asia utk claim tiket tu..surat juga sudah dihantar, tapi takde tindakan pun dari dorang..

sebenarnya tadi kemas-kemas purse, dan terjumpa keratan tiket tu..dah 5thn saya simpan dari hari kejadian..300 terbang camtu je..bab duit-duit tu, mak la kena bayar semula, duit yg pada saya tu orang lain punya, dan duit abang ipar juga..

tiket berharga RM300++

Jumaat, 2 Mac 2012

March 2012 Blog Giveaway

salam uols..jom sertai blog giveaway ni..
hadiah yang diberi akan dapat mengasah bakat baru..
orang cakap perempuan je suka bab2 ni, tp lelaki pun boleh juga..
tangan lelaki pun kreatif jgk..kan3?

selain boleh buat untuk diri sendiri, boleh buat duit tepi.
.dah lama2 boleh income besar tu..
kreativiti tu sangat berguna tau..

ok, boleh klik SINI

Jumaat, 24 Februari 2012

jangan malas-malas...

20/2/2012...
bermula semester 2..hui,lama betul cuti, bermula lps krismas haritu sampai la ni.. 2bln..memang betul2 rehat..barulah nak menjenguk balik muka ni kat kampus..

kini UPSI ada kampus baru, terletak di berhampiran Proton City, rasanya sangat jauh..almaklumlah..dah biasa pusing dekat2 je..tapi memang terasa jauhnya..sudah lah jauh, kampusnya pun besar sangat..10 kali ganda dari saiz kampus skrg ni..

walaupun semester mula 20hb, tp kami yg master student ni mula hari ni, 24hb..biasa la, kelas wikend je..kebetulan, sem ni kelas ada yg kena di kampus baru. tadi sebelum waktu kelas sebenar, sempatlah cari kelas tu..brp kali entah buat pusingan, tak jumpa2 bangunan tu..nampak, tp jalan ke bangunan tu tak sampai2..akhirnya, jalan sampai hujung jalan, baru lah sampai di parking bangunan tu..kelas di DKP 01..

seriau tgk kelas ni, bukan kelas, tp dewan..seriau sebab memikirkan nanti kena presentation nak kena bercakap depan ramai orang..

selalu saya stay je dirumah sewa walaupun takde kelas..tp minggu ni kena balik rumah lg..InsyaAllah Ahd ni emak pegi umrah, so, saya yg takde pape ni, kena hantar lah..tak patut la kalau tak hantar..

dan, tengah buat projek pondok orkid..khas untuk emak..
nanti, bila dah siap, saya upload disini...

Isnin, 9 Januari 2012

Saat doa dikabul, pasrah tapi sedih; Malaikat Maut itu terlalu hampir

cerita tentang kucing peliharaan...

mmg, saya tak sanggup nak buang mereka..saya bela dari lahir lg, jaga makan minum mereka, tup2 nak buang..emo kan?..bukan, tak sampai hati je..sbb mereka ni manja sangat, tak pandai bawa diri..

dari tak sanggup buang tu, saya membawa 6ekor tinggal bersama dirumah sewa, 2ibu dan 4anak..yg asalnya dr 1fmly juga..seekor lagi biar tinggal di kg buat teman emak..

slps exam, saya banyak lepak kat kg je, selama ni kalau balik kg, mmg akan bawa balik yg 1fmly, sbb tak brp pandai nak buang air di pasir yg ada..31/12 td, ada majlis kesyukuran di kg, maka saya bawa balik kucing2 tu..di kg, mak ckp, kucg yg tinggal tu sakit, taknak makan, diam je..pegang2, mmg panas sangat..belai2, bagi mnyk but-but..nak bawa klinik, mana ada yg buka, di kampung,bkn ada yg swasta..

hari isnin siang, ada kucing datang mati bawak kereta saya..kucing tu tidak dibela, tp mmg ada dirumah..bersama ibu dan abangnya..sebelum subuh hari selasa tu, kucing yg tinggal di kampung pulak mati..dan, yg terkejutnya, seekor ank yg saya bawa ke UPSI jg demam..tak tahu kenapa..dia banyak duduk diluar rumah, mmg tak perasan!

Rabu-bawa balik ke upsi sbb nak tgk and bg mkn fmly yg ditinggal (kakak yg sakit)..sempat ke klink veteriner khamis..sblm pegi klinik, bg die glukose sbb tgk kat internet, ubat kucing demam..doktor tak cucuk sbb panas sgt..bg ubat 2kali..sampai dikereta, mata die merah..mmg die dah tak larat..saya pangku die di riba sepanjang perjalanan..sampai di rumah sewa, pembuluh mata die pecah, ada darah di mata jernih tapi tak mengalir keluar..

lepas zhr, terus balik ke kg semula, sbb rasa2 mmg dah tak lama die ni..diletak di tanah pun, tak mampu bangun..tinggal diruang tv sementara solat asar..bg lg air glukose..slps maghrib, kipas dihidupkan, tp die berjalan2 dlm keadaan lemah sangat..menyengat kot sejuk kipas tu..tarik dekat (bkn nak menyeksa tp sgt syg)..nak belai je tiap masa..

dan..
tetiba, die terus berhenti, ekor tersentak dan terkencing2..saya usap2..merelakan pemergiannya..dan air mata terus mengalir deras..

"BULAT nama dia..pergi tika umur genap 5bulan..sangat manja dan comel, kembang mcm maknye, hanya die yg mewarisi kembang tu, yg seekor lg BUJANG, kurus mcm ayahnya yg dah kena buang tu..Bujang sangat bosan, takde sape yg nak diajak main..selalu Bulat lah yg akan mulakan dulu utk bermain..kini terasa sepinya dunia.."

Ya, saya pernah berdoa pd Allah, tolong aku uruskan kucing2 ini..tolong Ya Allah, aku tak sanggup buang mereka..dan bila difikir2 kembali..Allah telah memakbulkan doaku..kucing tak kena buang..mati depan mataku..yg ditanam dgn dua tangan ini..