Assalamualaikum wrt semua..
Sedar tak sedar dah tiga minggu saya masuk belajar balik..rasa macam dah lama tiga minggu tu..tp kelas br 1kali, yela kan, kelas hanya pada hari jumaat dan sabtu saja..sgt sesuai dgn org yg buat part time..
minggu yg pertama tu kan cuti hari Malaysia, dah cuti..hari sbt 17/9 tu pun takde kelas..tp yg bestnye, jumpa lecturer masa minggu kedua, ada double kerja, sbg gnti kelas yg takde tu..haru?biasa lah tu..
seronoknya bila dah habis, dan konvo..pastu ramai yg dtg, tgk dan wish tahniah..best kan?ele..br mula dah berangan konvo..erm, tak salah rasanya dok berangan tu..biar smgt sikit nak study dan buat kerja2 yg diberi..
Sebut pasal konvo ni, skrg ni tgh musim konvo2 di universiti-universiti..wah, seronoknya tgk adik2 naik pentas, tersenyum megah dan pegang bunga yg mcm2 warna..siap tempah baju baru nak naik pentas..
tp jgn dilupa pada yg telah menyumbang kejayaan kita utk naik ke pentas tu..
ayah dan ibu..
jgn lah pula jd begini:
seusai majlis konvo, dua org rakan baik bertemu semula utk mengabadikan kejayaan bersama dan mengambil gmbr kenangan sblm berpisah yg entah bila boleh bertemu semula..
siti: nor, mana ahli keluarga ko?
nor: tu..kat bawah pokok kelapa tu..tak ramai pun yg dtg..
siti: ayah ko mana, tak nampak pun..
nor: ayah aku?tak dtg lg baik..bkn dia bg aku duit belanja pun..aku dpt biasiswa apa...
siti: isk ko ni, knp ayat mcm bengang je dgn ayah ko tu?ko kena la ingat, walaupun ayah ko tak bg duit belanja, bkn bermakna dia tak sumbang pape utk kejayaan ko ni..jgn lupa, doa dia yg buat ko dpt apa yg ko ada harini..
nor: .....
so, sapa pun mak ayah kita, sehina mana pun mereka dimata kita..jgn lupa pengorbanan mereka utk kejayaan kita k...
Jumaat, 30 September 2011
Rabu, 28 September 2011
kucing dah tak buang air lagi..
Assalamualaikum semua..
Entry kali ni tentang kejayaan yg saya dapat..Masalah yang dihadapi bila ada kucing kecik, yg baru dilatih buang air di tanah..kucing2 saya tak duduk diam dlm sangkar walaupun ada sangkar utk mereka..
sedikit2 saya latih mereka buang air ditanah,bila nampak mereka sedang manguis2 tu,cepat2 saya bawa ketanah utk mereka melepaskan hajat. tak pun, saya ciumkan hidung mereka pada tempat yg memang ada najis, berhasil juga, cuma belum sepenuhnya..
kadang2 mereka ni terbabas juga, dilantai, dihujung penjuru2 memang akan ada.kalau pun masa tido malam dikeluarkan dari rumah, ada lah hasil2nya keesokan harinya..
satu hari, saya nekad, mengemop lantai dgn menggunakan cuka buatan..sebelum ini, mmg saya tahu cuka merupakan ejen terbaik yang termurah utk menghilangkan sgl kekotoran dilantai, curah saja cuka dan sedikit air dilantai, kemudian sapu2 dgn mop,hasilnya sgt2 memberangsangkan..
petua itu adik saya yg bagi, dia dapat dari majalah..cara yg paling murah tp berkesan..
dan, pagi itu, saya nekad..saya curahkan cuka itu dilantai, tanpa ada tambahan air..dan gosok dgn mop..tidak dibilas..dibiarkan kering..kesannya mmg lantai agak melekit..tp saya tetap biarkan..gosok2 tempat2 najis yg telah dicuci sebelum tu..
kucing2 hidup seperti biasa, dikeluarkan dimalam hari..
dari selesai kerja mengemop, sampai esoknya, tempat biasa mereka membuang najis sudah tidak disinggahi lg..kemudian, saya tgk utk keesokannya..dan, mmg..mereka tidak membuang lg disitu..terus turun ketanah..
Alhamdulillah sgt2..dgn menggunakan cuka yg sgt murah, rumah sudah tiada masalah yg membelenggu..

Khamis, 22 September 2011
Iklan sekejap...Bg yang masih belum punya pekerjaan..
Assalamualaikum wrt...
EVENTS
MORE EVENTS
Program Tanggungjawab Sosial Korporat: "Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor"
21 September 2011
Sebagai salah satu agenda tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“Perangsang Selangor”) akan menjalankan satu program untuk membantu siswazah-siswazah dari negeri Selangor menyediakan diri mereka masuk ke alam pekerjaan dan keusahawanan. Program ini diberi nama Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor.
Objektif utama program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri Selangor dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri.
Program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan yang strategik dan diteruskan dengan penyediaan Latihan di Tempat Kerja (On-Job Training) dan usaha untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan yang relevan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus. Dan bagi siswazah yang mengikuti kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah memulakan perniagaan.
PROGRAM-PROGRAM LATIHAN DAN KURSUS YANG DITAWARKAN
Program | Pengetahuan/Kemahiran |
Sijil Program Pembangunan Kemahiran Siswazah | Kemahiran sebagai eksekutif dan pentadbir. |
Pengurusan diri yang berkesan di tempat kerja. | |
Sijil Pembangunan Usahawan Muda | Kemahiran sebagai usahawan yang berdedikasi, bersemangat waja, berfikiran jauh dan mempunyai daya saing tinggi. |
Sijil Perbankan dan Kewangan Islam | Pengetahuan asas dalam perbankan dan kewangan Islam. |
Sijil Pentadbir IT (IT Administrator) | Kemahiran dalam pengurusan hardware (server, switches, routers dll), web design dsb. |
Sijil Keselamatan & Selenggara LAN | Kemahiran dalam pengurusan server, network design & security dan troubleshooting. |
Sijil Analisa Data &Kualiti | Kemahiran dalam pengurusan data dan analisa, SPC software dan prosedur kualiti. |
Sijil Pentadbiran Pencemaran dan Bahan Buang | Kemahirandalampengurusanpencemaran, peraturan dan prosedur. |
Sijil Fiber Ke Rumah Untuk Juruteknik | Kemahiran dalam pengendalian kabel fiber optic dan network. |
Sijil Membaiki Komputer | Kemahiran membaiki dan trouble shooting (hardware & software). |
Sijil Aplikasi dan Pembangunan LED | Pengetahuan tentang LED dan semiconductor. |
Sijil Penilaian Bunyi Industri dan Alam Sekitar | Pengetahuan dalam pengurusan bunyi dan penilaian bunyi. |
Sijil Pembantu Perubatan | Kemahiran pemeriksaan ibu mengandung dan bayi. |
Sijil Kreativiti Dan Inovasi | Pengetahuan tentang kreativiti dan inovasi. |
Sijil Pengurusan & Operasi Halal | Pengetahuan tentang pengurusan pengsijilan halal Malaysia. |
MASA DAN TEMPOH KURSUS
Semua kursus di atas akan bermula pada bulan Oktober 2011 dan tempoh kursus adalah berbeza mengikut program (sila rujuk brosur program).
PESERTA PROGRAM
Program ini disasarkan kepada semua siswazah dari negeri Selangor yang memegang ijazah dan diploma dalam apa juga bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan.
MAJLIS PELANCARAN
Program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor ini Insha Allah akan dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 30 September 2011 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Semua siswazah yang berminat dijemput hadir ke Majlis Pelancaran ini.
Perangsang Selangor berharap program Rangsangan Kerjaya Untuk Siswazah Selangor ini berjaya mencapai matlamatnya untuk membantu siswazah negeri Selangor mendapat pekerjaan dan memulakan perniagaan.
Langgan:
Catatan (Atom)